Selasa, 5 September 2017

Sara yang masih nak bermanja

Sara anak ke tiga saya. Anak pertama, ke dua dan ke tiga saya jarak mereka rapat. Setahun lebih je seorang. Si kakak lahir 11/9/2008, kak ngah 10/2/2010 dan Sara si kak uda lahir pada 13/5/2011. Mereka amat rapat.
Kakak dan kak ngah amat berdikari. Semasa diorang umur dua tahun dah tidur sendiri walaupun satu bilik dengan kami tetapi berlainan katil. Amat mudah menjaga mereka. Saya memang amat kalut semasa semuanya masih kecil. Kerana kepenatan dan kesian anak2 yang kecil kurang perhatian saya dan suami membuat perancangan keluarga.
Semasa umur sara 4 tahun lebih saya pernah keguguran. Sara memang menyusu badan sehingga umur 3 tahun 7 bulan. Saya usahakan macam2 cara untuk wean off. Ada masa jatuh kesian kerana dia merengek2. Tetapi bila dah 3 tahun setengah saya nekad kena hentikan. Alhamdulillah, berjaya. Sara tidak minum susu formula. Semasa masih menyusu badannya tembam. Tetapi sekarang dah kurus. Dia dah mula sekolah.
Sara mendapat adik ketika umurnya 5 tahun 6 bulan. Dia sangat manja dengan saya mamanya. Malah sehingga kini dia masih tidur dengan saya. Kekadang saya bertegas, tetapi suami cakap kesian Sara. Ya, jika saya bertegas tak nak dia tidur bersama saya malam itu. Dia akan merengek dan mengigau malam itu.
Kesian kan? Hehe..Sara dah janji masuk darjah satu akan tidur di bilik sendiri bersama kakak dan kak ngah.
Syukur alhamdulillah.. kurniaan Allah pada saya dan suami. Anak2 yang mudah diuruskan. Semoga membesar menjadi serikandi Islam. AMIN

Isnin, 4 September 2017

Susu ibu dan homemade baby food

Alhamdulillah..si kecik saya dah 10 bulan. Masih menyusu badan. Masa Aniq mula solid food saya memang sediakan makanan sendiri. Bermula dengan puri. Paling Aniq suka puri betik dan labu. Bila dah 7 bulan saya mula bagi puri nasi campur buah dan sayur. Kemudian teruskan dengan bubur campur ikan dan sayur. Tetapi sekarang Aniq tak nak sangat bubur. Saya kadang2 buntu nak bagi dia makan apa. Saya suapkan juga roti atau biskut. Biasanya jika ada ikan sup atau bakar atau goreng sekalipun saya tetap suapkan Aniq. Ada sahabat bertanya saya tak penat ke saya asyik pam susu dan masak untuk Aniq? Jawapan saya memang penat tetapi demi yang terbaik saya gagahkan juga.

Kenapa tak bagi nestum je? Alasan saya.. bukan berdasarkan kajian. Cuma logik saya sebagai seorang ibu. Kenapa nestum atau cereal dalam tin tu tahan lama? Sehingga bertahun. Bukankah kerana bahan pengawet. Waima makanan yang kita masak bila dibekukan pun mampu bertahan seminggu atau dua je. Pernah tak ibu merasa nestum di dalam tin tu. Mak ai manisnya. Patut budak suka. Begitu juga dengan susu formula. Bertahun mampun bertahan semestinya bahan pengawet banyak di dalamnya. Saya bukan membuat kajian, tetapi atas fikiran logik saya sebagai ibu.
Semasa anak pertama dan kedua, saya gagal menyusu badan kerana kurang ilmu dan tiada semangat yang kuat. Saya juga mulakan makanan pertama diorang dengan nestum. Tetapi untuk anak ke tiga dan ke empat saya makin banyak ilmu. Jadi saya memilih susu ibu dan homemade food. Saya bangun puk 4 pagi untuk jayakan impian saya. Syukur anak2 sihat semuanya.

Sara yang masih nak bermanja

Sara anak ke tiga saya. Anak pertama, ke dua dan ke tiga saya jarak mereka rapat. Setahun lebih je seorang. Si kakak lahir 11/9/2008, kak ng...