Sabtu, 22 April 2017

Post Pertama, Blog Baru

Ini blog baru mama sebab blog lama mama dah lupa password kerana lama sangat tak update story. 
Kerana blog ini mengenai anak4 dan life mama so mama akan mulakan dengan anak4.
Harini 23 April 2017, anak mama 4 orang. 3 gegirls yg super aktif Leeya Khalisyah 9yrs, Leeya Khairina 7yrs, Leeya Khaisara 6 yrs  dan seorang arjuna hati mama Aniq Hafiy 5mths 1 wk 6 days. Alhamdulillah dengan kurniaan Ilahi ini mama rasa hidup mama cukup sempurna dengan apak cinta hati mama Mohd Khairulsharil.
Mama sangat bersyukur hari ini, saat ini mama masih mampu mendukung Aniq. Kenapa mama tulis begitu? Erm.. 4 bulan lepas kira2 40 hari selepas bersalinkan Aniq, mama sakit yang akibatnya mama tak dapat berjalan. Bahkan tak dapat berdiri tegak dan tak dapat membongkokkan badan.  Aniq kesayangan pun mama tak dapat uruskan. Nyusukan aniq bila orangorang  lain letakkan aniq sebelah mama. Mama hanya banyak baring tegak. Duduk pun  dalam 15 minit lepas tu mama kena baring.
Masa mama sakit tu, mama di rumah Tok Terengganu. Balik sambung pantang di rumah. Masa tu pulak cinta hati mama jadi pengadil takraw di negeri lain. Kiranya dalam pantang di kampung tu, kak ngah mama yang banyak bantu tapi dekat2 habis pantang kak ngah pergi umrah 2 minggu. Sepeninggalan kak ngah, mama kena uruskan diri sendiri, anak3  orang, baby dan tok yang tak berapa kuat. Bukan mama uruskan apa pun, ada la masak sikit dan basuh baju baby. Terpaksa kan? Orang yang tak berada di tempat mama bole la kata mama buat kerja berat tapi apa yang mama buat mmg kena buat kalau tak siapa yang akan buatkan. Genap Aniq 40 ari la mama sakit tu. Masa tu mama susukan Aniq. Mama duk bersandar pada sofa. Habis nyusu Aniq tidur. Mama letakkan dia atas rocker dia. Mama nak bangun dengan hasrat nak ke tandas. Tup tup pinggang mama, belakang mama sakit sangat dan tak dapat berdiri lurus. Allahu..cuba berjalan tapi memang tak kuat. Apa mama nak buat? Takde orang yang mama boleh harapkan. Dipendekkan cerita petang tu mama ajak kak zi ke klinik. Doktor bagi injection painkiller. Tetapi selepas sejam dua jam, tiga jam sakitnye tiada kurang. Mama call cinta hati mama nak bagitau mama sakit.







To be continue..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sara yang masih nak bermanja

Sara anak ke tiga saya. Anak pertama, ke dua dan ke tiga saya jarak mereka rapat. Setahun lebih je seorang. Si kakak lahir 11/9/2008, kak ng...