Ini entry back dated.
Sambungan entry pertama...
22/12/2016
Kebetulan kak zie datang rumah mak selepas dia meeting. Jadi mama ajak dia ke klinik dan mama request painkiller injenction. Tiada lain dalam kepala mama hanya nak sakit tu hilang dan dapat uruskan Aniq since apak belum sampai ke Terengganu. Apak dari Alor Setar balik Melaka dari Melaka ke Terengganu. Jadi subuh esok baru apak akan sampai ke Terengganu.
Maghrib pun sakit tu belum hilang. Mama request kak nor cuti esok kerana mmg mama tak dapat berjalan, apatah lagi nak dukung Aniq. Tok risau sgt tgk keadaan mama camtu. Mama cuba gagahkan diri bangun, tapi mmg tak boleh. Ya Allah..apa yang bermain di fikiran mama. KANSER..sbb dulu ada sahabat kanser tulang. Dia tak dapat bangun camtu la. Nauzubillah.
Bila apak datang, mama ajak pergi buat bekam. Alhamdulillah sejam berbekam. Keluar dari bilik tu, mama dpat jalan tegak dan lurus. Syukur..syukur.
Tetapi, malam tu sakit datang lagi dan mama tak dapat tegak lagi. Kesian tengok apak yang baru habis jadi pengadil dan penat travel jauh kena uruskan anak2. Syukur, apak jaga saya dan anak2 dengan baik. Sampaikan nak bongkok pakai seluar pun sy tak mampu.
Esoknya, apak ajak balik Melaka sebab nak pergi checkup kat Melaka. Kalau checkup kat Terengganu risau kena admit, since sekolah pun dah nak start lagi seminggu. Bincang2.. kami pun berangkat balik. Sampai Melaka, public holiday..krismas. Ehen insurans kami cadangkan ke emergency. Kami decide ke Mahkota Medical. Mama kene x ray tetapi nothing abnormal. Doktor cek kaki mama tak dapat diangkat ketika baring. Doktor cakap hanya MRI kita akan tau kenapa. Mama warded. Mama request doc Zaki.. doktor pakar neuro dan spine. Malam doc datang on call. Doktor tanyakan beberapa soalan, he said esok buat MRI. Mama tu mama diberi painkiller dan tampal koyok di blkg pinggang. Masih sukar bergerak. Need apak to help me. Esoknya buat MRI. Then, doc datang cakap ada slipped disc kat L4,L5 iaitu low back. Ada beberapa suggestion doktor tapi mama dan apak pilih fisioterapi dan painkiller if sakit sangat. 5 hari mama warded. Guna wheelchair untuk ke mana2. Banyak baring dalam bilik sahaja. Mama down sangat. Risau breastfeed mama untuk Aniq fail. Tapi mama kuatkan semangat pam susu Aniq sekerap mungkin. Doktor dan nurse pun kagum tengok susu stok mama. Tetapi Aniq pun banyak minum. Susu tiada stok hanya mencukupi pam habis, pam habis..since dia hanya minum botol. Walaupun mama dah discharge sbb dah tak direct 5 hari dan apak kesian tgk mama kalau direct sakit.
Di rumah, mama pun tak dapat berjalan byk. Memapah pada sofa dan dinding. Kekadang, mama nangis pada apak. Mama minta maaf sebab mama tak dapat uruskan rumahtangga dan anak2. Apak pujuk mama.. syukur dia jaga mama dengan baik. Sikitpun mama tak buat kerja. Anak diuruskan. Bawak mama fisio. Sediakan makan minum kami semua. Lama dah mama tak dapat buat apa2. Dari lepas bersalin. Tambah lagi sakit. Berkat doa, usaha dan pertolongan dari apak..mama makin baik. Aniq mama tak angkat. Tak mandikan. Tak buat kerja rumah. Mama hanya uruskan diri sendiri. Syukur..selepas hampir dua bulan. Mama dapat bangun, berjalan dan memandu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sara yang masih nak bermanja
Sara anak ke tiga saya. Anak pertama, ke dua dan ke tiga saya jarak mereka rapat. Setahun lebih je seorang. Si kakak lahir 11/9/2008, kak ng...
-
Sara anak ke tiga saya. Anak pertama, ke dua dan ke tiga saya jarak mereka rapat. Setahun lebih je seorang. Si kakak lahir 11/9/2008, kak ng...
-
Ini blog baru mama sebab blog lama mama dah lupa password kerana lama sangat tak update story. Kerana blog ini mengenai anak4 dan life mam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan