Itula gadjet baru mama untuk tahun 2017. Alasan mama perlukan air fryer sebab anak2 suka makan nugget, ayam goreng. So untuk kurangkan minyak menggoreng mama pilih untuk beli air fryer. Mama dah banyak kali hint kat apak nak air fryer tetapi atas beberapa kekangan so diam je dulu. Sampai satu hari tu tengah tengok tv tertekan chanel Go Shop. Eh go shop tengah jual air fryer. Harga RM 279 je. Dengan free gift. So mama apak decide order je. 4 hari lepas tu barang sampai. Esok pagi terus guna untuk goreng sosej sarapan budak2. Ya, mama akui anak2 banyak gak makan procesa food ni. Mama tau kurang sihat. Tapi kita pun tak dapat sekat anak bila dia dah sekolah. Kat kantin pun diorang boleh beli. Lagi dengan digoreng minyak yang dah bape kali digunakan.
Okey, cerita air fryer tu. Setakat ni mama satisfied. Sebab dah goreng keropok lekor pun ok la. Memandangkan minyak pun dah mahal. Jimat masa pun. Pagi2 sambil pam susu untuk Aniq mama masukkan je bahan2 nak dimasak. Set suhu dan masa bole buat keje lain. Dapur pun tak percik minyak.
So setakat ni ok untuk mama. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan